Halaman

Ahad, 13 November 2011

Tutorial:Membuat Partition pada internal SD Huawei X5


Huawei Ideos X5 mempunyai saiz  memori dalaman bersaiz 600MB dan memori dalaman SD Card sebanyak 2GB.Tutorial ini bertujuan untuk meningkatkan saiz data memori dalaman supaya lebih banyak aplikasi android dapat di install.Tutorial ini amat berisiko pencubaan pertama saya menyebabkan handphone saya tidak dapat boot akibat tertinggal satu step iaitu tidak flash partition .zip kali kedua .Nasib baik dapat dipulihkan dengan menyambung hp kepada komputer yang mengunakan sistem operasi linux dan mount partition dan format kembali kepada ext3.Sebelum membuat tutorial ini pastikan hp sudah di root dan clockworkmod recovery sudah di install kedalam hp.

Langkah-Langkah

  1. Download file partition.zip dan copy kepada external SD Card dan pasang balik kepada hp.
  2. Matikan hp dan kemudian tekan butang power serentak Volume + dan Volume - untuk boot masuk  ke mod recovery.Cara lain dan lebih mudah untuk memasuki mod recovery ialah download aplikasi Quick Boot  dari Android Market.Selepas install pilih recovery pada aplikasi tersebut dan anda akan masuk kepada mod recovery.
  3. Pada mod recovery jangan wipe atau clear .Pilih install zip from sdcard file partition.zip yang diletakkan dalam SDcard tadi dan flash .Selepas selesai pergi  advanced  dan pilih Reboot Recovery dan flash sekali lagi  partition.zip selepas selesai pilih reboot device.
  4. Pada akhir proses ini saiz data memori meningkat kepada 1.2Gb dan saiz Internal Sdcard berkurang kepada 1.46Gb.Dengan meningkatkan saiz data memori lebih banyak aplikasi dapat diinstall.


Tutorial:Cara Install ClockworkMod recovery untuk Huawei X5

Mod recovery
ClockworkMod ialah satu perisian yang amat penting bagi telefon yang dijalankan oleh sistem operasi android.Antara fungsi perisian ini:
  • Untuk membuat backup dan restore ROM bersama-sama perisian aplikasi.
  • Digunakan untuk flash Custom ROM.
  • Untuk install update .

Berikut adalah kaedah install ClockworkMod .Kaedahnya sama dengan root.

  1. Download file ClockworkMod dan estrak zip file.
  2. Offkan handphone,lepas itu tekan power button serentak dengan button Volume + dan Volume - sehingga skrin bertukar warna pink.
  3. Sambungkan handphone kepada pc dengan mengunakan kabel usb.
  4. Satu removable drive akan muncul dekat My computer.
  5. Dalam removable drive ,klik folder Image dan gantikan file recovery asal kepada file yang telah didownload tadi.
  6. Last eject removable drive ,cabut bateri dan on balik power button.selesai.
  7. Untuk memasuki ke dalam mod recovery.Handphone perlu di Off dan kemudian power button di On balik serentak dengan menekan butang Volume + .

Sabtu, 12 November 2011

Tutorial: root Huawei Ideos X5 (U8800)

Ikon superuser

Hari ini saya nak kongsikan cara root smartphone huawei X5. Saya sudah menggunakan handphone ini selama 5 bulan setakat ini saya amat berpuas hati dengan prestasinya. O.k saya akan cuba ceritakan serba sikit yang saya tahu pasal root.Root ialah proses mengubahsuai sistem operasi android.Ia bertujuan untuk mengatasi limitasi yang dihadkan oleh pengeluar handphone.Proses root akan memberi kelebihan kepada pengguna smartphone android memaksimakan kemampuan peranti mereka ketahap yang lebih tinggi.

Proses root Huawei X5 agak mudah berbanding smartphone jenama lain.Ia tidak memerlukan sebarang software untuk menjalankan proses ini.

Apa yang anda perlukan untuk proses root ialah:

  1. Download file boot.img selepas download tukar nama file kepada boot.img.
  2. Offkan handphone.Kemudian tekan butang power serentak dengan butang VOLUME+ dan VOLUME- sehingga skrin bertukar kepada warna pink.]
  3. Sambungkan kabel usb handphone kepada PC.Pada PC ikon removable disk akan muncul dan didalamnya terdapat satu folder bernama image.
  4. Dalam folder image terdapat file boot.img .Tukar file boot.img asal kepada boot.img yang telah didownload tadi.File boot.img yang asal sebaiknya disimpan jika anda ingin kembalikan hp kepada asal di kemudian hari.
  5. Last,cabut bateri kemudian pasang balik dan tekan butang power kembali.Ikon superuser akan muncul menunjukan handphone ada telah diroot.





Khamis, 10 November 2011

Huawei Ideos X5

Hari ini saya nak kongsi tentang smartphone pertama saya Huawei X5 .Spesifikasi dia boleh baca kat sini .Setelah beberapa bulan memakai banyak custom ROM yang dibuat khas untuk huawei X5 muncul ini menarik minat saya untuk mengantikan stock ROM yang asal.Setelah banyak membaca forum dan blog yang menceritakan kaedah flash custom ROM  .Saya memberanikan diri untuk mencuba.Blog ini ditulis  mencatat benda menarik  saya belajar dari internet untuk ingatan saya dan juga untuk dikongsi kepada sesiapa sudi.hahaha.Tulisan saya yang terusnya saya akan menulis tentang cara root ,install clockworkmod recovery dan membuat partition internal SD card  yang dikutip dari forum -forum.



Huawei  Ideos X5