Halaman

Sabtu, 12 November 2011

Tutorial: root Huawei Ideos X5 (U8800)

Ikon superuser

Hari ini saya nak kongsikan cara root smartphone huawei X5. Saya sudah menggunakan handphone ini selama 5 bulan setakat ini saya amat berpuas hati dengan prestasinya. O.k saya akan cuba ceritakan serba sikit yang saya tahu pasal root.Root ialah proses mengubahsuai sistem operasi android.Ia bertujuan untuk mengatasi limitasi yang dihadkan oleh pengeluar handphone.Proses root akan memberi kelebihan kepada pengguna smartphone android memaksimakan kemampuan peranti mereka ketahap yang lebih tinggi.

Proses root Huawei X5 agak mudah berbanding smartphone jenama lain.Ia tidak memerlukan sebarang software untuk menjalankan proses ini.

Apa yang anda perlukan untuk proses root ialah:

  1. Download file boot.img selepas download tukar nama file kepada boot.img.
  2. Offkan handphone.Kemudian tekan butang power serentak dengan butang VOLUME+ dan VOLUME- sehingga skrin bertukar kepada warna pink.]
  3. Sambungkan kabel usb handphone kepada PC.Pada PC ikon removable disk akan muncul dan didalamnya terdapat satu folder bernama image.
  4. Dalam folder image terdapat file boot.img .Tukar file boot.img asal kepada boot.img yang telah didownload tadi.File boot.img yang asal sebaiknya disimpan jika anda ingin kembalikan hp kepada asal di kemudian hari.
  5. Last,cabut bateri kemudian pasang balik dan tekan butang power kembali.Ikon superuser akan muncul menunjukan handphone ada telah diroot.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan