Halaman

Ahad, 13 November 2011

Tutorial:Membuat Partition pada internal SD Huawei X5


Huawei Ideos X5 mempunyai saiz  memori dalaman bersaiz 600MB dan memori dalaman SD Card sebanyak 2GB.Tutorial ini bertujuan untuk meningkatkan saiz data memori dalaman supaya lebih banyak aplikasi android dapat di install.Tutorial ini amat berisiko pencubaan pertama saya menyebabkan handphone saya tidak dapat boot akibat tertinggal satu step iaitu tidak flash partition .zip kali kedua .Nasib baik dapat dipulihkan dengan menyambung hp kepada komputer yang mengunakan sistem operasi linux dan mount partition dan format kembali kepada ext3.Sebelum membuat tutorial ini pastikan hp sudah di root dan clockworkmod recovery sudah di install kedalam hp.

Langkah-Langkah

  1. Download file partition.zip dan copy kepada external SD Card dan pasang balik kepada hp.
  2. Matikan hp dan kemudian tekan butang power serentak Volume + dan Volume - untuk boot masuk  ke mod recovery.Cara lain dan lebih mudah untuk memasuki mod recovery ialah download aplikasi Quick Boot  dari Android Market.Selepas install pilih recovery pada aplikasi tersebut dan anda akan masuk kepada mod recovery.
  3. Pada mod recovery jangan wipe atau clear .Pilih install zip from sdcard file partition.zip yang diletakkan dalam SDcard tadi dan flash .Selepas selesai pergi  advanced  dan pilih Reboot Recovery dan flash sekali lagi  partition.zip selepas selesai pilih reboot device.
  4. Pada akhir proses ini saiz data memori meningkat kepada 1.2Gb dan saiz Internal Sdcard berkurang kepada 1.46Gb.Dengan meningkatkan saiz data memori lebih banyak aplikasi dapat diinstall.


1 ulasan: